Majlis yang berlangsung pada 18 dan 19 Ogos di Dewan Tan Sri Ahmad Razali Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur (DETSAR) itu menyaksikan graduan Universiti UCSI tahun ini diiringi dengan perasaan bangga para pelajar dan pekerja masing-masing sebagai sebahagian daripada universiti swasta terbaik di Malaysia.

Ini ekoran pengiktirafan daripada QS World University Rankings 2019 baru-baru ini.

Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI, Profesor Kanan Datuk Dr. Khalid Yusoff berkata, dengan reputasi UCSI yang disenaraikan dalam 2% universiti terbaik di dunia di dalam penilaian QS World University Rankings 2019, menjadi satu tanggungjawab untuk mereka terus berusaha meningkatkan kecemerlangan.

“Saya percaya jika ada kemahuan, di situ ada jalan. UCSI sentiasa menyiap-sediakan pelajar dengan pengetahuan teori dan aplikasi untuk menghadapi realiti kehidupan dan kerjaya yang sebenar. Kami percaya para graduan hari ini sudah bersedia untuk mara ke langkah seterusnya,” katanya.

Tahun ini, Anugerah Chancellor’s Gold Medal menjadi milik seorang gadis yang amat dedikasi terhadap minat dan pengajiannya iaitu Cherish Chong.

Gadis ini menyerlah di antara semua rakan-rakan seperjuangannya dari pelbagai sudut dan dikenali kerana reputasinya sebagai pelajar UCSI yang pertama dipilih oleh Universiti Harvard untuk program Harvard Medical School’s Global Research Clinical Scholars Training Programme pada tahun 2014.

UCSI

Cherish Chong menerimaha anugerah Chancellor’s Gold Medal.

Menariknya, Cherish dipilih oleh Universiti Harvard untuk melanjutkan kajian perubatannya di sana walaupun ketika itu beliau masih belum menerima ijazah.

“Saya tidak akan lupakan jasa UCSI yang telah bertungkus-lumus menyiap-sediakan saya untuk ke Harvard,” katanya.

Gary Poh Kwor Xiang pula yang merupakan pelajar dengan rekod keputusan peperiksaan dan prestasi yang sentiasa merosot ketika waktu persekolahannya, tidak menyangka minatnya terhadap bidang sains mula berkembang dan

menempatkannya di UCSI Universiti.

Gary Poh Kwor Xiang
 

Gary Poh Kwor Xiang menerima ijazah sarjana muda kejuruteraan (kepujian) kimia.

Kini dia menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kimia sebagai Valedictorian, wakil pelajar dengan prestasi terbaik tahun ini.