Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menyatakan komitmen itu berkata, pihaknya mencadangkan kerjasama dengan UNESCO untuk melihat isu keciciran pelajar secara serius.

“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 membuktikan Malaysia telah melaksanakan konsep Matlamat Pembangunan Berterusan (SDGs), selari dengan hasrat melaksanakan transformasi dalam pendidikan negara.

“Kami juga berterusan memberi penekanan kepada kualiti pendidikan tinggi dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemain utama ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang diterajui oleh Unit Peranca­ngan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia telah membuat pemetaan kepada 17 SDGs sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11.

“Ekonomi adalah berpaksikan rakyat dan matlamat paling penting ialah melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi dan negara inklusif menjelang 2020,” tambah beliau.