Sharifah Nazira Syed Nurshadir; Syed Nazrin; Syed Nadzmi dan Sharifah Nadira masing-masing mendapat 5A, 8A, 3A serta 7A.

Sharifah Nazira, Syed Nadzmi dan Sharifah Nadira bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, manakala Syed Nazrin pula bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak Seremban.

Menurut Sharifah Nazira, kejayaan dia dan adik-adiknya adalah hasil kerjasama, yang mana mereka sentiasa belajar secara bersama-sama dan saling membantu antara satu sama lain.

‘‘Apa yang penting kami semua fokus untuk berjaya di dalam pelajaran dengan cara bantu-membantu satu sama lain.

‘‘Walaupun ada masanya kami belajar bersendirian, apa yang penting semangat bantu-membantu tetap jadi keutamaan kami adik-beradik,’’ katanya ketika ditemui di SMK Seksyen 9 hari ini.

Sementara itu, Syed Nazrin yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi berkata, dia dan adik-beradik kembarnya merasa puas kerana dapat menghadiahkan keputusan SPM yang baik kepada ke­dua-dua ibu bapa mereka.

‘‘Walaupun kembar tetapi kami mempunyai cita-cita berlainan. Sharifah Nazira ingin berjaya dalam bidang kesenian dan fesyen, Sharifah Nadira ingin menceburi bidang komunikasi dan multimedia dan Syed Nadzmi ingin menjadi arkitek,’’ katanya.