Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Karya Mulvec setanding, capai tahap industri

KUALA LUMPUR 18 Mei – Pertan­dingan Video Multimedia (Mulvec) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan Utusan Online telah mencapai satu standard ter­sendiri setelah senarai pemenang Siri 1 diumumkan semalam.

Pensyarah Rekaan Grafik dan Media Digital, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Ahmad Sofiyuddin Mohd. Shuib berkata, pemenang-pemenang Siri 1 sudah meletakkan satu tahap yang perlu dicapai oleh peserta yang ingin menyertai siri berikutnya selepas ini.

“Karya yang mereka hasilkan setanding dan mencapai tahap industri serta berada di luar kotak pemikiran biasa walaupun tema yang diberikan nampak mudah.

“Itulah yang perlu dilakukan oleh peserta yang ingin menyertai Mulvec pada siri berikutnya untuk terus menghasilkan karya-karya lebih kreatif bagi meme­nuhi tahap yang telah dicapai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, pelajar bimbingannya iaitu kumpulan JAH Production membawa tema Bantuan Rakyat 1Malaysia mendapat hadiah sagu hati dalam Majlis Penyampaian Hadiah Mulvec Siri 1 yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Putrajaya.

Mulvec Siri 2 sedang berlangsung ketika ini sehingga 31 Mei ini dengan tema Kolej Komuniti Melahirkan Juara, Kisah Kejayaan Alumni Politeknik, Graduan TVET Berkualiti, Kebolehpasaran Gra­duan dan Rumah Mampu Milik.

Penyertaan terbuka kepada se­mua pelajar institusi pengajian ting­gi seluruh negara termasuk politeknik dan kolej komuniti ba­gi merebut hadiah pertama RM10,000, kedua (RM5,000) dan ketiga (RM3,000) serta 10 sagu hati (RM1,000).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain