Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Karnival Pendidikan Mara tidak tumpu akademik semata-mata

MD. YUNOS HUSIN (baju merah) mendengar penerangan daripada kakitangan
MD. YUNOS HUSIN (baju merah) mendengar penerangan daripada kakitangan kolej yang mengambil bahagian sempena Karnival Pendidikan Mara 2017 di pasar raya Kip Mart Bachang, Melaka, semalam.

MELAKA 11 Mac – Golongan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang kurang cemerlang dalam bidang akademik masih berpeluang melanjutkan pengajian bidang kemahiran yang banyak ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Ruang terbuka luas ini se­kali gus mengubah persepsi ma­sya­rakat bahawa peluang me­lanjutkan pelajaran di IPT tidak hanya terbuka kepada pelajar cemerlang dalam akademik semata-mata sebaliknya turut boleh dinikmati pelajar lain mengikut kelayakan akademik, minat dan kemahiran mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, pendidikan masa kini amat luas untuk diterokai oleh kumpulan pelajar lepasan sekolah ini, malah ia merangkumi segenap aspek termasuk akademik, kemahiran dan sebagainya.

Menurutnya, sehubungan itu, be­liau memuji usaha dilaksanakan Maj­lis Amanah Rakyat (Mara) Mela­ka dalam menganjurkan Karnival Pendidikan Mara 2017 yang dilihat amat bersesuaian dengan keperluan semasa pendidikan di negara ini khususnya di Melaka.

“Pe­ng­anjuran karnival tahunan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasar terutamanya pelajar lepasan sekolah dan ibu bapa bagi mendapatkan maklumat penting berkaitan sesebuah IPT, kursus ditawarkan serta prospek kerjaya dalam bidang yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas me­ngadakan program Walkabout sempena Karnival Pendidikan Mara 2017 di pasar raya Kip Mart Bachang, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain