Majlis menandatangani MoU itu diadakan serentak dengan Majlis Pemakaian Pangkat ‘Jeneral 4 Bintang – United Nations Soldier Of Peace International Association (SPIA) kepada Presiden WAMAPS Professor Datuk Seri Dr. Sabree Salleh.

Majlis bersejarah itu diadakan di Akademi Persilatan Sedunia (APS) dan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat APS, Datuk Zainal Abidin Sakom.

WAMAPS merupakan sebuah institusi yang mengiktiraf ahli seni mempertahankan diri dari seluruh dunia atas dedikasi dan pencapaian sepanjang hayat mereka dalam bidang seni mempertahankan diri.

Alumninya datang dari 38 negara yang terdiri daripada guru tertinggi dalam pelbagai aliran seni mempertahankan diri antaranya guru kepada mendiang Bruce Lee iaitu Ip Chun.

Pada 3 Disember 2018 WAMAPS telah menantangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan APS bagi memperolehi akreditasi dari WAMAPS yang akan menganugerahkan diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah kepada penggiat seni mempertahankan diri berdasarkan pengalaman hidup dalam seni bela diri.

Pada majlis MoU dengan AUI dan Universiti Pelita Malaya oti, WAMAPS diwakili Dr. Sabree, sementara AUI dan Universiti Pelita Malaya diwakili pengasas kepada dua universiti tersebut iaitu Professor Dr. Bambang Suryanto.

Pada majlis itu, Dr. Sabree turut menyampaikan ijazah doktor falsafah (Phd) seni bela diri falsafah dans ains WAMAPS kepada tiga tokoh iairu Datuk Seri Dr. Datu Mohd Khuddar Datu Abdul Kadir, Datuk Dr. Abu Samat Eling dan Dr. Kung Chin Chin. - UTUSAN ONLINE