Dengan bertemakan #FSPUMostVisibleFaculty2019, FSPU buat julung kalinya menjalankan Bengkel Pemantapan Pengurusan Unit Komunikasi dan Korporat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Bandar Enstek dari 13-15 Februari 2019.

Hari pertama disempurnakan dengan taklimat daripada Dekan FSPU, Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah dan perasmian oleh beliau.

Program hari kedua menjadi lebih rancak dan menarik dengan penampilan wartawan Utusan Malaysia, Borhan Abu Samah.

Menerusi perkongsian Borhan, pada zaman digital ini, terdapat banyak ‘platform’ medial sosial yang sangat berguna untuk merealisasikan objektif FSPU untuk tular di mata dunia.

Antaranya adalah dengan penggunaan Twitter dan berita di atas talian.

Menerusi program ini, peserta berpeluang memantapkan kemahiran menguruskan berita tentang pencapaian dan aktiviti fakulti sama ada di media cetak dan media digital. -UTUSAN ONLINE