Program yang diusahakan oleh Yayasan Uniti dan Koperasi Kolej Uniti itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Presiden kumpulan Uniti Asia, Datuk Jamal Mohd. Amin berkata, projek amal yang dinamakan ‘Tree for Future 2018’ itu digerakkan untuk mencari dana bagi membantu pelajar miskin.

“Program ini diuruskan Yayasan Uniti yang ditubuhkan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan ini.

“Program ini turut mendapat kerjasama Utusan Malaysia dan radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melibatkan penanaman pokok cili secara fertigasi yang hasil jualannya akan disumbangkan untuk membiayai pelajar daripada keluarga miskin mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti di bawah program 1K1G,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Projek Tree For Future oleh pakar motivasi, Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad di Dewan Za’ba di kolej itu dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor. - UTUSAN ONLINE