Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UUM-UiTM tawar ijazah berganda

mohamed MUSTAFA ISHAK (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan
MOHAMED MUSTAFA ISHAK (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Hassan Said selepas menandatangani MoU bagi menawarkan program ijazah berganda di UiTM Shah Alam, Selangor, baru baru ini. utusan/Foto Ihsan UUM

KUBANG PASU 11 Julai – Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) meme­terai memorandum persefahaman (MoU) untuk menawarkan program ijazah berganda pada kemasukan pelajar baharu, September ini.

Perkongsian sinergi kedua-dua universiti itu menerusi Pusat Pe­ngajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (Sapsp), UUM dan Akademik Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM bukan sahaja melibatkan program ijazah berganda, malah program mobiliti pelajar dan pensyarah, penganjuran seminar bersama serta penyelidikan dan penerbitan bersama.

Majlis pemeteraian itu me­nyaksikan Naib Canselor, Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr. Hassan Said menandatangani MoU tersebut di Canselori Tuanku Syed Sirajuddin di UiTM Shah Alam, baru-baru ini.

Mohamed Mustafa berkata, kolaborasi antara UUM dan UiTM itu memberi makna yang besar kepada universiti awam negara khususnya pelajar di atas ke­sepakatan kedua-dua universiti menghasilkan program ijazah berganda.

“Penawaran program ijazah berganda bagi program Sarjana Muda Kaunseling (UUM) dan Sarjana Muda Muamalat (UiTM) untuk Semester Pertama Sesi 2017/2018 ini akan bermula September nanti.

‘Program double degree itu adalah program pertama yang ditawarkan bagi kedua-dua universiti ini dengan tempoh pe­ngajian ditetapkan iaitu empat tahun enam bulan dan secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami kedua-dua bidang yang mana ia dapat dilihat sebagai nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran pelajar,” katanya.

Beliau berkata, dengan ada­nya ijazah berganda itu pelajar dapat memasuki dunia pekerjaan yang tidak hanya tertumpu pada satu bidang sahaja, secara langsung memberikan kelebihan kepada pelajar.

Sehubungan itu, beliau yakin kerjasama antara UUM dan UiTM boleh mengejutkan ramai pihak dengan kekuatan yang dimiliki kedua-dua universiti itu.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM berkata, kerjasama akademik antara UiTM dan UUM melakar sejarah dalam institut pengajian tinggi.

“Saya berharap lebih banyak lagi kerjasama seperti ini akan dijalankan antara kedua-dua universiti ini dan secara tidak langsung memberikan satu pengalaman kepada pelajar.

“Selain itu, MoU ini juga diharap menjadi titik permulaan untuk kerjasama pada masa hadapan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain