Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UUM terima dana RM2j

Hasilkan penyelidikan berimpak tinggi, naik taraf prasarana

Fng Ah Seng (tengah) menyampaikan replika cek RM2 juta kepada
Fng Ah Seng (tengah) menyampaikan replika cek RM2 juta kepada Ayoib Che Ahmad selepas merasmikan Bilik Seminar Tan Sri Fng Ah Seng di UUM, Sintok, Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini.

KUBANG PASU 26 Feb. - Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima dana sebanyak RM2 juta daripada Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng bagi tujuan penyelidikan dan menaiktaraf prasarana pusat pengajian itu.

Ia susulan Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai oleh kedua-dua pihak dalam satu majlis di kampus universiti ber­kenaan baru-baru ini.

Pengerusi Yayasan Muhibah, Tan Sri Dr. Fng Ah Seng berkata, dana itu akan diserahkan secara berperingkat sebanyak RM400,000 setahun dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.

Katanya, UUM menjadi univer­siti pertama menerima dana ter­sebut daripada nilai keseluruhan dana berjumlah RM10 juta untuk universiti tempatan di seluruh negara.

“Pada tahun lalu, yayasan mengumumkan dana sebanyak RM10 juta disediakan untuk pusat pengajian tinggi.

“Kami mengambil keputusan untuk menyerahkan dana ini kepada UUM terlebih dahulu me­mandangkan universiti ini mem­punyai potensi tinggi menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian sele­pas merasmikan bilik seminar Tan Sri Fng Ah Seng di Pusat Pe­ngajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Naib Canselor UUM Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak mewakili universiti itu memeterai MoA bersama yayasan terbabit yang diwakili Ah Seng bagi menerima dana berke­naan.

Turut hadir, Dekan TISSA Prof.Dr. Ayoib Che Ahmad.

Ah Seng memberitahu, dana tersebut memberi tumpuan da­lam bidang penyelidikan ber­kaitan perniagaan.

Katanya, sehingga kini yayasan itu menerima lima permohonan daripada universiti awam dari seluruh negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain