Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, menerusi program itu, para pensyarah Utem dibantu mahasiswa akan berkongsi kepakaran kejurute­raan dengan penghuni Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (Ruktaa) di Raub, Pahang yang dikelolakan oleh Bakasa.

“Kerjasama ini bukan sahaja mendedahkan bidang kejurute­raan tetapi juga mengaplikasikan modul sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada penghuni rumah kebajikan tersebut.

“Kerjasama sebegini dilihat mampu mendorong kanak-kanak terutama yang masih belajar di sekolah rendah meminati bidang kejuruteraan seterusnya melahirkan generasi celik inovasi,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persetujuan (MoA) antara Utem dan Bakasa bagi melaksanakan program berkenaan di sini, hari ini.