Asma Ismail

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, USM sememangnya membantu pelbagai pihak untuk melakukan pengesahan dari semasa ke semasa yang disalurkan khususnya oleh bakal majikan.

Menurut beliau, proses itu akan diteliti oleh pasukan penye­mak dari pelbagai bahagian bagi memastikan kesahihan dokumen yang dibekalkan.

“Selain itu, setiap ijazah yang dikeluarkan oleh USM kepada graduan termasuk ijazah kehormat dilengkapi tidak ku­rang daripada 15 ciri ke­selamatan.

“Ciri-ciri keselamatan ini adalah dirahsiakan daripada pe­ngetahuan umum dan akan dikaji semula secara berkala bagi memastikannya kekal relevan,” kata beliau.

Dalam pada itu, Asma me­negaskan, USM turut memberikan penekanan kepada pemilihan pembekal bagi proses cetakan ijazah-ijazah berkenaan.

Sehubungan itu, tambah beliau, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang keraguan dan kemusykilan mengenai ijazah yang dikeluarkan atas nama USM boleh membuat semakan dengan universiti ber­kenaan.

Mana-mana pihak yang mahu mendapatkan pengesahan ijazah daripada USM boleh berbuat demikian dengan menghubungi Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Data dan Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik, Mohd. Jalaludin Azizan di talian 04-6533211/2924/3169 atau emel, [email protected]