Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kerjasama dengan institusi pengajian seni kreatif ke-14 terbaik di dunia itu merupakan antara usaha dalam melonjakkan UPSI sebagai pendidikan ter­ulung di dalam negara dan rantau ini.

Mohammad Shatar berkata, menerusi kerjasama tersebut, pelajar di peringkat ijazah sarjana muda akan berpeluang menyambung pelajaran mereka di peringkat pasca-siswazah master dalam bidang seni kreatif menggunakan silibus dan sistem yang dipraktikkan di UCA.

“Menariknya, mereka yang terlibat juga tidak perlu pergi ke London untuk belajar sebaliknya pengajian dilakukan secara online di sini (UPSI) dengan dua atau tiga kali, pensyarah di UCA juga diterbangkan ke sini.

“Malah yuran juga dibayar dalam nilai Ringgit Malaysia yang jauh lebih rendah jika dibandingkan belajar di sana. Master ini nanti akan mendapat pengiktirafan UCA. Ini merupakan antara nilai tambah untuk pelajar kita,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sepanjang program pengajian itu, pelajar terlibat juga diberikan peluang berada di UCA antara satu hingga dua semester berdasarkan pilihan masing-masing.

Katanya, kerjasama itu juga menjadikan UPSI sebagai universiti induk untuk pelajar di negara ini.

“Program yang dirancang ini merupakan program baharu yang dilaksanakan dalam masa terdekat dan dijangka pada tahun depan.

“Untuk pengambilan nanti, kita buka peluang ini untuk warga UPSI dan pelajar lain yang berminat di seluruh negara,” katanya.