Ketua Pegawai Eksekutif Fakulti UKM yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, pihaknya kini sedang menstruktur semula program keusahawanan satu semester itu bagi membolehkan para pelajar dari universiti lain untuk menyertainya.

“Program pertama kali diadakan ini telah berjaya me­lahirkan seramai 13 usahawan, terdiri daripada pelajar UKM dari pelbagai fakulti.

“Menariknya, program yang berlangsung selama 13 minggu ini bukan hanya diadakan di dalam kelas tetapi juga di luar kelas yang mana peserta bermula dengan konsep idea perniagaan dan kemudian menggilap idea tersebut secara praktikal sehingga menghasilkan produk untuk dipasarkan.

“Ini yang pertama kita adakan dan akan dibuat lagi. Kita sedang merancang kerana universiti-universiti lain pun berta­nya dan akan cari kaedah bagaimana nak libatkan institusi lain juga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penutupan program Young Entrepreneurs Showcase (YES) di sini hari ini.