Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UCAM komited lahir graduan proaktif

vvv 4

KOLEJ Universiti Agrosa­ins Malaysia (UCAM) yang merupakan peneraju da­lam pendidikan pertanian di Malaysia sentiasa komited dalam me­lahirkan graduan berketrampilan dan mempunyai minda kelas pertama.

Naib Canselor UCAM, Prof. Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd. Rashid berkata, kesungguhan itu sekali gus membantu melonjakkan UCAM menjadi satu jenama yang berjaya dalam melahirkan graduan berkualiti dan mempunyai kebolehpasaran ya­ng tinggi di dalam dan di luar negara.

Beliau berkata, ini terbukti apa­­bila 94 peratus graduan UCAM berjaya mendapat pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke pe­ringkat lebih tinggi dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Kajian pengesanan graduan yang dijalankan pada tahun lalu juga menunjukkan 50 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam bidang pertanian.

“Ini menunjukkan kurikulum pengajian di UCAM menepati kehendak pasaran semasa, berku­aliti serta diiktiraf.

“Malah, kurikulum pengajian di UCAM turut menekankan beberapa elemen utama dalam membentuk graduan UCAM iaitu berpengetahuan luas, kreatif, inovatif, mampu berkomunikasi secara berkesan dan sentiasa proaktif dalam melaksanakan tugasan,” katanya.

Menurut Dr. Faridah, UCAM merupakan satu-satunya kolej universiti swasta yang mempunyai niche dan fokus kepada bidang pertanian. Semua program pengajian yang ditawarkan di UCAM turut diterapkan dengan asas-asas pertanian melalui silibus pembelajarannya.

Katanya, tidak banyak ins­titusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang mempunyai niche dalam pertanian melainkan UCAM. Malah, bidang pengajian di UCAM seperti Diploma Pe­ngurusan Ladang, Dip­loma Sains Pertanian, Diploma Pengurusan Landskap, Diploma Perniagaan Tani dan Diploma Pengeluaran Ternakan ku­rang ditawarkan di institusi lain.

Selain itu, UCAM akan menawarkan program dip­loma baharu iaitu Diploma Kewangan Islam.

“Warga kerja UCAM sentiasa bekerja keras dan berganding bahu di dalam memastikan mutu pengajian dan silibus yang ditawarkan menepati kehendak pasaran semasa. Ini bagi memastikan graduan acuan UCAM mampu bersaing bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga global.

“Malah, permintaan tenaga kerja di sektor pertanian juga tinggi memandangkan tidak ra­mai remaja yang berminat men­ceburi bidang ini kerana mereka masih beranggapan pertanian sekarang masih menggunakan cara lama,” katanya.

Tambah beliau, graduan UCAM juga tidak akan menghadapi masalah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana semua kurikulum pengajian di UCAM mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Jelasnya, UCAM juga menawarkan bidang pe­­­nga­jian di peringkat Ija­zah Sarjana Muda termasuk Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Landskap (ke­pu­jian), Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (kepujian), Ijazah Sarjana Muda Peraka­unan (kepujian) dan yang terbaharu, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pertanian) (kepujian) untuk lepasan dip­loma.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain