Program tahunan yang diadakan sempena Majlis Konvokesyen USIM Ke-16  itu turut dimeriahkan dengan acara Nocturnal Run 3.0 sejauh lima kilometer yang diadakan di sekitar universiti berkenaan.

Larian itu turut disertai Tunku Ali Redhauddin dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad serta 1,300 peserta.

Peserta larian telah dilepaskan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumi) USIM, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan di Kompleks Sukan Tunku Najihah di sini.

Sementara itu, Dr. Hassan Basri berkata, pada tahun ini urus setia membuat kelainan apabila perasmian pesta tersebut dibuat pada waktu malam.

"Objektif menganjurkan majlis perasmian ini adalah sebagai simbolik menandakan bermulanya CFEST 2018. Selain itu, pihak USIM juga ingin mempromosikan majlis konvokesyen," katanya semasa berucap dalam majlis tersebut di sini.

CFEST 2018 yang berlangsung sehingga 29 November dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik antaranya Malam Muzikal Kemanusiaan, Bual Bicara Daie vs Madu, jualan but kereta, Bicara Graduan, Forum Bicara Kemanusiaan dan Battle Amal of The Band. - UTUSAN ONLINE