Mereka adalah Prof. Madya Dr. Noorhafiza Muhammad menerusi penyelidikannya Potato Starch Nano-Composites As An Alternative Materials for Coronary Stent Applications dan Liyana Jamaludin menerusi penyelidikan Novel Multipurpose Geopolymer Coating for High Temperature Applications.

Noorhafiza turut meraih anugerah Penyelidik Wanita Terbaik EUROINVENT apabila me­ngenepikan cabaran lebih 500 penyelidik lain.

Ketua delegasi Unimap, Peng­urus Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CeGeoGTech), Prof. Madya. Dr. Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, selain dua penyelidik wanita itu, seorang lagi penyelidik universiti tersebut, Dr. Mohd. Fathullah Ghazli turut berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas.

Beliau berkata, kejayaan itu begitu bermakna kepada mereka memandangkan penyertaan di EUROINVENT 2018 membabitkan lebih 500 penyelidik dari lebih 20 negara.

“Lebih manis, penyelidik wa­nita Unimap dapat meneruskan kecemerlangan di EUROINVENT 2018 seperti mana tahun-tahun terdahulu dalam pameran sama,” katanya di sini.

EUROINVENT 2018 yang berlangsung mulai 17 Mei lalu telah dirasmikan oleh Menteri Penyelidikan dan Inovasi Romania, Nicolae Burnette.