Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tawar kursus asuhan dalam talian

Kerajaan, UPSI adakan perbincangan

ALOR GAJAH 24 April - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang me­ngadakan Kursus Asuhan Permata secara dalam talian bagi membolehkan para pengusaha taska mendalami ilmu berkaitan dengan mudah.

Chew Mei Fun

Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, sehubungan itu kementerian telah mengadakan perbincangan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membangunkan program tersebut secara atas talian.

“Dengan cara ini kita dapat membantu semua pengusaha taska menyertai Kursus Asuhan Permata,” katanya ketika sesi dialog bersama Persatuan dan Pengusaha Taska di Balai Raya Machap Baru di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga, dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar.

Menariknya kata beliau, terdapat juga pengusaha taska di rumah yang menjaga empat orang kanak-kanak berhasrat menyertai kursus sebegitu.

Katanya, melalui program dalam talian, para pengasuh tidak perlu meletakkan jawatan untuk meng­i­­kuti kursus yang ditawarkan, selain diskaun yuran kursus sehingga 50 peratus.

“Mereka dapat belajar melalui internet semasa bekerja dan pihak UPSI pula akan menghantar guru-guru untuk melawat taska berke­naan bagi memastikan sama ada pengetahuan yang mereka peroleh sampai ke tahap yang boleh didaftarkan atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, Mei Fun turut mengingatkan golongan ibu bapa agar bersikap prihatin dengan memeriksa status taska yang dipi­lih sebelum membuat keputusan menghantar anak-anak mereka.

Katanya, keprihatinan ibu bapa boleh menyelamatkan anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini.

“Mereka mesti tanya sama ada taska itu berdaftar atau tidak, ada pengasuh terlatih dan walaupun nis­bah untuk anak berumur setahun ke bawah adalah satu nisbah tiga, untuk taska di rumah kita mesti tahu berapa orang dewasa di rumah itu bagi memastikan anak-anak kita selamat dan dijaga dengan baik,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain