Sepanjang 48 tahun penubuhannya, TAR UC telah mendidik lebih 180,000 pelajar dengan kebanyakan mereka berjaya menjadi golongan profesional, pemimpin negara, pemimpin industri dan usahawan berjaya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Rekod kecemerlangannya itu adalah hasil laluan inovatif TAR UC yang sentiasa dikemaskini berdasarkan perubahan pasaran dan keperluan industri. Usaha itu dilakukan bagi memastikan para pelajar TAC UC mendapat mutu pendidikan terbaik yang membolehkan mereka menjadi pemimpin masa hadapan.

Bagi pelajar lepasan sekolah, TAR UC memastikan mereka dilatih dan diberi pendidikan sepenuhnya bermula daripada mereka mendaftar sebagai pelajar di institusi itu sehinggalah mereka tamat pengajian.

Oleh itu, laluan akademik TAR UC telah distrukturkan bagi memastikan pelajar-pelajar mencapai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk membolehkan mereka menceburi industri dengan lancar atau meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai dua pilihan dalam meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda bergantung kepada aspirasi kerjaya dan cita-cita mereka.

Antara pilihannya adalah dengan membuat persediaan akademik melalui program-program prauniversiti. TAR UC menyediakan program prauniversiti seperti program tahun asas dan A Level bagi membina asas yang kukuh untuk para pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Program tahun asas adalah kursus intensif selama setahun yang direka khas sebagai persedia­an kukuh untuk pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di TAR UC. Program A Level pula adalah kursus prauniversiti selama satu setengah tahun yang membolehkan pelajar menyambung pengajian sama ada di TAR UC ataupun di universiti-universiti lain di seluruh dunia.

Selepas itu, pelajar boleh memasuki tahun pertama program ijazah sarjana muda. TAR UC menawarkan hampir 50 program peringkat ijazah yang meme­nuhi kehendak industri selain mengetengahkan standard akademik yang tinggi.

Bagi lepasan SPM yang mempunyai perancangan terhadap kerjaya, mereka juga boleh memilih program diploma apabila merancang melanjutkan pengajian mereka. Terdapat lebih 50 program diploma di TAR UC di empat fakulti iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Pengkomputeran; Fakulti Perakaunan, Kewangan dan Perniagaan; Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta Fakulti Sains Sosial, Seni dan Kemanusiaan.

Istimewanya, program diploma dan ijazah sarjana muda di TAR UC adalah bertujuan mengasah kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam industri. Selain itu, program tersebut juga diiktiraf oleh badan-badan profesional global dan tempatan seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), Chartered Institute of Marketing (CIM), Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM), Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia (BOVAEA) dan lain-lain.

TAR UC juga bekerjasama dengan universiti-universiti antarabangsa terkemuka bagi membolehkan institusi itu menawarkan program dwi-ijazah. Antara universiti itu adalah Campbell University, Amerika Syarikat dan Co­ventry University serta Sheffield Hallam University di United Kingdom.

Melalui program dwi-ijazah, pelajar berpeluang belajar di luar negara di mana mereka boleh memilih untuk mengikuti pengajian sepenuhnya di TAR UC atau melanjutkan pelajaran selama satu semester di kampus rakan universiti TAR UC di luar negara.

Pelajar yang mengikuti program itu akan memiliki dua ijazah sarjana muda. Salah satu daripadanya adalah daripada TAR UC dan satu lagi ijazah adalah daripada rakan universiti TAR UC di luar negara.

TAR UC kini juga menawarkan kursus pascasiswazah iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Sarjana Sains dalam bidang sains hayat dan sains fizik. Program MBA adalah program secara kursus yang direka khas untuk memimpin pemimpin-pemimpin perniagaan masa depan.

TAR UC turut bercadang untuk menawarkan lebih banyak program pascasiswazah dan doktor falsafah dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pendidikan siswazah.

-INFO-

UNTUK maklumat lanjut, lawati Hari Terbuka TAR UC dari 13 Mac hingga 2 April 2017 (9 pagi - 5 petang) di kampus induk Kuala Lumpur dan kampus cawangan di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah. Sebagai alternatif, layari laman web, www.tarc.edu.my. TAR UC juga menawarkan biasiswa menarik bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berdasarkan prestasi akademik.