Hassan: Menurut ranking tersebut, 12 subjek yang tersenarai adalah:

  • Seni Bina dan Alam Bina.
  • Kejuruteraan Kimia.
  • Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik dan Pembuatan.
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
  • Komputer Sains dan Sistem Maklumat.
  • Agrikultur dan Perhutanan.
  • Perubatan.
  • Farmasi dan Farmakologi.
  • Kimia.
  • Perakaunan dan Kewangan.
  • Pendidikan.
  • Kajian Pengurusan dan Perniagaan. 


Apakah kriteria atau ukuran yang diguna pakai sehingga kesemua subjek tersenarai dalam ranking tersebut?

Kesemua subjek tersebut diukur berdasarkan kepada prestasi dalam empat petunjuk prestasi utama (KPI). Empat petunjuk itu adalah:

  • Reputasi akademik.
  • Reputasi mahasiswa oleh majikan.
  • Jumlah sitasi artikel untuk tempoh lima tahun dari Indeks Scopus dan H-indeks.
  • Dari Indeks Scopus dan H-indeks merujuk kepada jumlah penerbitan dan jumlah sitasi untuk setiap artikel dalam sesuatu subjek.

Selain dari 12 subjek yang tersenarai, adakah UiTM mempunyai pencapaian lain dalam ranking itu?

Selain daripada 12 subjek, UiTM juga telah menunjukkan peningkatan bagi kedudukan penarafan untuk empat bidang subjek pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Bidang-bidang berkenaan ialah bidang Sains Sosial dan Pengurusan iaitu dari kedudukan 309 ke tangga 198, Bidang Kejuruteraan dan Teknologi (280 ke 180), Bidang Sastera dan Kemanusiaan (249 ke 239) serta Bidang Sains Hayat dan Perubatan. Tahun ini merupakan tahun pertama UiTM berjaya tersenarai dalam Bidang Subjek Sains Hayat dan Perubatan pada kedudukan 451-500 terbaik dunia.

Selain itu, keputusan keseluruhan penarafan ini juga menyatakan bahawa bidang Kejuruteraan dan Teknologi merupakan bidang yang terbaik di UiTM dengan kedudukan 180 terbaik di dunia.

Secara keseluruhan apa yang dapat disimpulkan?

UiTM telah menunjukkan peningkatan skor sebanyak 326 yang kebanyakannya telah disumbangkan oleh petunjuk reputasi mahasiswa oleh majikan, dan Indeks Scopus dan H-indeks. Untuk melihat keputusan keseluruhan ia boleh dilihat di www.topuniversities.com. Kita berharap pada masa akan datang ranking UiTM akan terus meningkat.