Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pupuk kesedaran sayangi OKU

Dr. Hassan Said (tiga dari kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak
Dr. Hassan Said (tiga dari kiri) beramah mesra dengan kanak-kanak penghidap Palsi Serebrum (CP) sempena Hari Altruisme Akademi Pengajian Bahasa UiTM 2017 di UiTM, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Akademi Pengajian Bahasa (APB) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Helping the Underprivileged Groups (HUGS) baru-baru ini telah mengadakan Hari Altruisme APB 2017 di Dewan Sri Budiman UiTM, Shah Alam, Selangor.

Naib Canselor UiTM, Prof.Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, hari tersebut diadakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar UiTM khususnya dari APB untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan mewujudkan rasa prihatin kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).

“Dengan bertemakan ‘Altruisme Menjana Kesejahteraan Masyarakat’ kita berharap program sebegini mampu melahirkan graduan yang bukan sahaja hebat dari segi akademik tetapi mempunyai nilai yang murni.

“Program diadakan ini merupakan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa dan warga APB,” katanya.

Yang hadir sama ialah Dekan APB UiTM, Prof. Madya Dr. Ahmad Mazli Muhammad; Penasihat Program Hari Altruisme APB 2017, Azhar Wahab; dan Pengarah Programnya yang juga Presiden HUGS, Dr. Noor Ahnis Othman.

Hassan berkata, antara pengisian program yang diadakan ialah permainan bola sepak OKU penglihatan dan acara Larian Amal Altruisme APB yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Larian Amal 1km, 5km dan kerusi roda.

“Program ini diadakan dengan kerjasama Pasukan Bola Sepak CIMB Pan-Disability, Pusat Jagaan Our Kids Are Special (Orkids) dan Malaysia Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) bagi kesemua program yang diadakan pada hari tersebut,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya mengalu-alukan kehadiran mana-mana selebriti di negara ini tidak kira daripada bidang hiburan, sukan mahupun bidang-bidang lain untuk turut serta dalam program yang diadakan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain