Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PUO, PSU terus 
jalin kerjasama

Md. Noor Yusof (tengah) bersama Timbalan Dekan Fakulti Kemanusiaan
Md. Noor Yusof (tengah) bersama Timbalan Dekan Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Prince of Songkhla University (PSU) Kampus Pattani, Thailand, Dr. Chumcit Sae Chan merakam gambar kenangan bersama pelajar PUO dan PSU semasa lawatan ke universiti tersebut baru-baru ini.

IPOH 28 Feb. - Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Prince of Songkhla University (PSU) Kampus Pattani, Thailand terus memperkasakan jaringan hubungan melibatkan kedua-dua pihak.

Terbaharu, institusi pengajian tinggi tersebut telah menandatangani nota persefahaman (NoU) untuk jalinan kerjasama yang lebih aktif selepas ini.

Menerusi NoU itu, kedua-dua universiti berkenaan akan bekerjasama dalam kajian lukisan terukur bangunan bersejarah dan program khidmat komuniti (CSR) di Masjid Kampung Aur, Daerah Yarang dan Kampung Bendang Badang, Daerah Yaring, Pattani, Thailand.

Pengarah program, Dr. Mohd. Jaki Mamat berkata, kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak itu diharap dapat memberi manfaat melalui program dan aktiviti yang dirancang.

Katanya, menerusi kerjasama itu lebih banyak potensi mampu dicipta di masa depan dalam aspek penyelidikan dan perkongsian ilmu.

"Kerjasama antara Unit Seni bina, Jabatan Kejuruteraan Awam PUO bersama PSU Kampus Pattani telah bermula sejak tahun 2016 dalam pelaksanaan projek penyelidikan Masjid Krue Se dan rumah tradisional Melayu di Pattani, Thailand.

“Projek itu melibatkan gabung­an antara pensyarah dan pelajar daripada kedua-dua institusi di mana ia telah berjaya menghasilkan produk penyelidikan sebagai usaha pendokumentasian bangunan bersejarah,” katanya.

Dalam lawatan ke PSU Kampus Pattani baru-baru ini, seramai 22 pelajar dan enam pensyarah PUO telah mengunjungi universiti berkenaan.

Lawatan tersebut turut disertai Pengarah PUO, Mejar Datuk Md. Noor Yusof; Timbalan Pengarah Akademik, Zubir Mohd. Hanifah dan Ketua Jabatan, Che Norazman Che Wan.

Pada acara itu juga, satu plak pelancongan yang tertera logo kedua-dua universiti turut dilancarkan oleh Md. Noor di bangunan Masjid Krue Se untuk tatapan umum memandangkan bangunan itu merupakan produk pelanco­ngan di Pattani.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain