Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pesan 2017 kupas isu semasa keluarga, masyarakat

AZMAN MOHD. YUSOF (tiga kiri) melancarkan buku bertajuk Isu-Isu 2
AZMAN MOHD. YUSOF (tiga kiri) melancarkan buku bertajuk Isu-Isu Psikososial Daripada Pelbagai Perspektif terbitan Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) Universiti Utara Malaysia (UUM).

BAGI menangani cabaran ma­syarakat yang semakin kompleks dan hebat, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Da­sar dan Kerja Sosial (SAPSP) Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Ins­titut Sosial Malaysia (ISM) telah menganjurkan Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017 (Pesan 2017) pada 12 dan 13 Julai lalu di Auditorium ISM, Kuala Lumpur.

Bertemakan Kerja Sosial Men­depani Cabaran Sosial, persida­ngan dua hari itu buat julung kali­nya menggabungkan tenaga kerja dan kepakaran daripada Program Kerja Sosial UUM dan ISM dengan kerjasama tiga organisasi paling berpengaruh dalam profesion kerja sosial di Malaysia iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Persatuan Pekerja Sosial Malaysia (MASW) dan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Per­ubatan) Malaysia (PPPP).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, perkongsian ilmu dalam bidang kerja sosial yang menyeluruh dapat digunakan untuk me­ningkatkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan profesional kepada klien iaitu mereka yang memerlukan bantuan daripada pihak ketiga iaitu pekerja­ sosial.

“Kerjasama pintar seperti persida­ngan ini diharapkan mampu meningkatkan profesionalisme ker­ja sosial dan melahirkan pekerja sosial yang berdaya saing.

“Ia juga diharap dapat merapatkan lagi jurang antara pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu meningkatkan­ kesejahteraan dan kemaslahatan masyarakat yang memerlukan bantuan seperti wanita, keluarga, kanak-kanak, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang papa dan mangsa bencana alam agar mereka le­bih berdaya saing dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya ketika merasmikan Pesan 2017.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat (KPWKM), Azman Mohd. Yusof.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kerjasama antara ISM, MASW dan PPPP merupakan usaha sa­ma yang mampu mendekatkan menara ga­ding dengan praktis atau translational research atau translating research into practice.

“Usahasama ini mampu mengupayakan penggunaan hasil penyelidikan ins­titusi pengajian tinggi (IPT) untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar seterusnya dapat diterjemahkan untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat khususnya berkaitan kerja sosial,” katanya dalam teks ucapan yang dibaca oleh Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak.

Pesan 2017 antara lain membincangkan inisiatif terkini profesion kerja sosial dalam meningkatkan kesejahte­raan masyarakat serta menyediakan wadah perbincangan kepada para pendidik, penyelidik dan pengamal kerja sosial, selaras dengan dasar kerajaan di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menggalakkan kerjasama strategik antara kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain.

Seramai 195 orang peserta dan pembentang dari IPT dan organisasi dari dalam dan luar negara menyertai persida­ngan dua hari itu.

Pada majlis tersebut, Azman turut melancarkan buku bertajuk, Isu-Isu Psikososial Daripada Pelbagai Per­spektif yang diterbitkan oleh ISM de­ngan kerjasama SAPSP UUM. Buku itu mengandungi artikel mengenai isu-isu psikososial yang dilihat daripada pelbagai perspektif.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain