Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penuntut KPTM bantu siapkan prasarana tadika tahfiz

Sebahagian pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Cawangan Kota Bharu
Sebahagian pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Cawangan Kota Bharu dan ahli Persatuan Amal Ibu Tunggal dan Wanita Kelantan (Mawar) menyertai gotong royong di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 28 Feb. – Seramai 48 pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Cawangan Kota Bharu bergotong-royong menyiapkan prasarana sebuah bangunan, di Jalan Long Yunus, di sini yang bakal dijadikan tadika tahfiz oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pensyarah pengiring, Mohd. Firdaus Baharuddin berkata, kumpulan itu terdiri daripada pelajar tahun tiga jurusan Dip­loma Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Beliau berkata, selain bertujuan membantu Persatuan Amal Ibu Tunggal dan Wanita Kelantan (Mawar), program khidmat masyarakat tersebut sebagai memenuhi keperluan dalam sukatan pengajian mereka.

“Kami terbuka untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan sama ada idea mahupun tenaga.

“Program gotong-royong ini bertepatan kerana pelajar juga dapat berkongsi kreativiti dalam persiapan sebuah tadika,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Mawar, Datin Siti Norbaya Mazalam berkata, pihaknya bersyukur kerana mendapat kepercayaan seorang usahawan yang telah mewakafkan banglo dua tingkat di Jalan Long Yunos itu bagi tujuan kebajikan dan pendidikan.

Siti Norbaya berkata, pihak­nya merancang menjadikannya sebuah tadika tahfiz elit bermedium Bahasa Inggeris, namun dalam masa sama sasaran pelajar adalah dalam kalangan golongan asnaf.

“Kita mahu memberi peluang kepada anak-anak ibu tunggal dan keluarga miskin mendapat pendidikan awal terbaik dengan yuran pada kadar minimum,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain