Idea daripada hasil kajiannya berjudul Breaking The Wall 0f Unseen Flow Imaging itu memberi peluang kepadanya menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa di Berlin pada 8 dan 9 November nanti.

“Saya perlu membuat persiapan dan latihan secukupnya sebelum menyertai pertan­dingan penuh bermakna itu. Keme­nangan di sini, memberi satu semangat baru dan idea bermula sewaktu saya sebagai graduan jurusan elektrikal menjalankan kajian untuk ijazah doktor falsafah (PhD),” katanya ketika ditemui di sini.

Jaysuman memberitahu, ba­nyak cabaran terpaksa ditempuhi dan idea-idea baharu perlu dicari sekiranya ingin berjaya dalam pertandingan di peringkat antarabangsa itu.

Seramai enam juri mengendalikan pertandingan itu, termasuk Prof. Dr. Aishah Bidin dari Suhakam, Prof. R. Ra­vindran dari Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Prof. Dr. Rahmah Noordin dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Prof. Dr. Leela Anthony dari Universiti Aimst.

Tempat kedua dimenangi oleh penuntut Universiti Aimst, Srilahari Namani, 20, melalui kajiannya Breaking The Wall Of Mosquito Borne manakala tempat ketiga dimenangi oleh Dr. Mohd. Nazri Bajuri, 30, dari UTM Skudai, Johor melalui kajiannya, Breaking The Wall Of Mechanobiologi And Humanity.

Hadiah kepada pemenang di­sampaikan oleh Naib Canselor Aimst, Prof. Dr. M. Ravichandran.

Setiausaha pertandingan itu, Dr. Mukesh Singh Sikarwar berkata, sebanyak 27 penuntut me­nyertai pertandingan ter­sebut, termasuk dari Universiti Monash Malaysia, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Petronas Malaysia, dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).