Mengikut laporan, sebahagian masyarakat memandang ringan organ penglihatan yang sangat penting ini dan tidak pernah mengambil peduli mengenai aspek penjagaan mata yang perlu diberi perhatian, misalnya keperluan melakukan pemeriksaan mata secara berkala.

Menyedari tahap keseda­ran masyarakat yang masih rendah itu maka, Management and Science University (MSU) dengan kerjasama MSU Eye Centre serta Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat melalui Jabatan Opto­metri dan Sains Visual, telah menganjurkan program kese­daran penja­gaan kesihatan mata, MSU Eye Carnival 3 di kampus induk MSU baru-baru ini.

Program tersebut me­nyak­sikan pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pemeriksaan mata, pameran, kursus jangka pendek-Clini­cal Enhancement, pertan­dingan kesedaran peng­gunaan kanta sentuh, rehabilitasi pediatrik dengan kanta sentuh serta pertunjukan fesyen kanta sentuh oleh para pelajar MSU.

MSU Eye Carnival 3 yang diadakan selama empat ha­ri itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai ke­pentingan penjagaan mata dengan penglibatan opto­metris, pengamal penjagaan kesi­hatan mata, pelajar, pemain industri dan ahli akademik.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid. Turut dihadiri pengurusan kanan MSU, wakil-wakil industri serta para pelajar.

Pada majlis yang sama, MSU turut menerima sumbangan bernilai RM46,800.00 daripada Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd. untuk disa­lurkan kepada aktiviti-akti­viti komuniti anjuran MSU.

Sementara itu, MSU melalui Prevention of Blindness Fund turut menyumbang cermin mata, kanta sentuh dan barangan penjagaan mata bernilai RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan U3, Subang Perdana.