Program perubatan atau Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) itu ditawarkan melalui International Medical School (IMS) di kampus utama MSU di Shah Alam dan kampus pesisir antarabangsanya di Bangalore, India.

Kualiti program perubatan MSU memang tidak boleh dipertikaikan, lebih-lebih lagi apabila kampus pesisir antarabangsanya di Bangalore menjadi sekolah perubatan pertama mendapat akreditasi untuk tempoh lima tahun daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Program MBBS turut mendapat pengiktirafan badan profesional antarabangsa iaitu dari Sri Lanka Medical Council (SLMC) dan Maldives Medical and Dental Council (MMDC).

Program MBBS di MSU menawarkan pembelajaran untuk jangka masa lima tahun yang mana pelajar perlu melalui tiga fasa pengajian yang dibezakan oleh jangka masa, subjek dan aktiviti.

Fasa pertama dan kedua me­rangkumi sistem berasaskan mo­dul, manakala fasa ketiga me­rangkumi penempatan berasaskan pengkhususan seperti Perubatan, Pembedahan, Obstetric and Gynecology, Pediatrik, Psikiatri, Primary Care, Ortopedik dan Perubatan Kecemasan.

Pelajar perubatan MSU akan mendapat latihan klinikal di dua hospital utama di Malaysia iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Am­puan Rahimah, Klang, Selangor.

MSU juga bakal memiliki hospital pengajaran sendiri dikenali sebagai MSU Medical Centre yang menyediakan kemudahan latihan klinikal kepada para pelajar per­ubatannya.

Selain aspek akademik, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti luaran yang bermatlamat memperkasakan pengalaman pembelajaran serta kemahiran insaniah mereka.

Selepas tamat pengajian, pe­lajar perlu mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan akan ditempatkan di hospital awam di seluruh Malaysia di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan bagi me­­menuhi tuntutan housemanship selama dua tahun serta perkhidmatan wajib selama tiga tahun.

MSU memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti dan penggunaan kaedah pembelajaran dan pengajaran alaf ke-21 ke arah melahirkan graduan yang kompeten dan versatil.

Program pengajian ditawarkan menjamin perkembangan kemahiran insaniah melalui pengalaman pembelajaran menyeluruh.

Pelajar juga berpeluang mendapat pendedahan antarabangsa melalui Global Mobility Programme (GMP), Global Leadership Programme (GLP) dan Global Internship Programme (GIP).

Apa yang menarik, program pengajian yang ditawarkan di MSU mendapat pengiktirafan pelbagai badan bebas di Malaysia dan antarabangsa. Ini termasuklah sebagai universiti ke-217 terbaik serta dalam kalangan 1.8 peratus universiti terbaik di Asia oleh Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2018 serta penarafan lima bintang dalam QS Stars University Ratings 2016 bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif.

UNTUK maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan di MSU, sila hubungi Jabatan Kaunseling dan Komunikasi di talian­­
 03-5521 6868 atau layari www.msu.edu.my