Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Merge UiTM tarik minat peserta luar negara

Ahmad Zainuddin (duduk tengah) bergambar bersama pensyarah yang menjayakan Program Merge 2017.
Ahmad Zainuddin (duduk tengah) bergambar bersama pensyarah yang menjayakan Program Merge 2017.

Pameran Grafik Digital dan Tipografi (Merge) 2017 anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka di Galeri Seni UiTM Melaka di sini berjaya menarik penyertaan peserta luar negara.

Ketua projek Merge 2017, Fatrisha Mohamed Yussof berkata, selain peserta tempatan terdiri daripada pensyarah dan pelajar, pameran berkenaan turut melibatkan dua wakil daripada Indonesia yang mengambil bahagian mempamerkan hasil kerja mereka.

“Dua wakil berkenaan ialah pensyarah Universitas Sebelas Maret (UNS), Adam Wahida serta pelajar universiti sama, Satria Yuwan yang mempamerkan karya masing-masing bagi kategori grafik digital.

“Satria mempamerkan karya yang diberi sentuhan budaya popular bertajuk Kahio manakala Adam menghasilkan karya dengan menggunakan trend selfie sebagai idea asas dan dimanipulasi menggunakan imej digital supaya nampak lebih menarik,” katanya.

Majlis pembukaan Merge 2017 disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zainuddin.

Jelas Fatrisha, pameran selama 20 hari bermula hari ini dibahagikan kepada dua kategori untuk profesional mahupun pelajar iaitu kategori tipografi dan kategori grafik digital.

“Selain dua peserta luar negara tersebut, pameran berkenaan turut menghimpunkan sebanyak 60 pengkarya terdiri daripada pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi.

“Program ini membolehkan mereka bersama menghasilkan karya serta platform bertukar idea baharu,” tambahnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain