Sepanjang enam hari Fesko13 UiTM berlangsung, gerai Kumpulan Utusan mengadakan jualan lebih 20 jenis buku kompilasi serta majalah terbitan syarikat ini dengan harga promosi.

Menurut Eksekutif Jualan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Cawangan Kelantan, Siti Hanizah Mohd. Noordin, sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan memandangkan kepelbagaian hasil penerbitan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Beliau memberitahu, gerai Kumpulan Utusan boleh dianggap sebagai pusat sehenti memandang­kan semua kategori bahan bacaan yang kebanyakannya berbentuk ilmiah boleh didapati di situ.

“Antara buku serta majalah yang dijual termasuklah Siri Lawak, Al-Islam, Hijab, Saji, Wanita dan Harmoni.

“Sepanjang Fesko13 berlangsung, setiap buku dan majalah dijual dengan harga antara RM3.50 sehingga RM10,” katanya ketika ditemui hari ini.

Siti Hanizah berkata, gerai akhbar Utusan Malaysia turut menawarkan pakej menarik langganan e-paper Utusan Malaysia kepada pengunjung.

“Bagi e-paper Utusan Malaysia, kita menyediakan pakej langganan untuk pelajar dengan bayaran istimewa RM30 setahun.

“Pakej ini terbuka kepada semua pelajar sekolah serta penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” katanya.

Tambah beliau, untuk melanggan e-paper Utusan Malaysia, rujukan juga boleh dilakukan di laman sesawang http://e.utusan.com.my.

“Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat menerusi Pusat khid­mat Pelanggan e-Paper di talian 03-8924 3966/3967 atau melayari laman sosial Facebook Utusan Malaysia e-paper,” katanya.