Pengurus pentadbiran KUKB, Mohammad Nasuha Deraman berkata, program #QuranHour ini adalah kesinambungan daripada program Tadarus al-Quran yang dilaksanakan sepanjang Ramadan lalu.

“Sebelum ini kita membuat program khas untuk membaca al-Quran setiap minggu selama satu jam melibatkan pelajar dan kakitangan.

“Amalan itu diteruskan de­ngan Program #QuranHour di mana kita akan membuat penambahbaikan dengan pelbagai pe­ngisian khas,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Perasmian #QuranHour dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Pada program itu, Pengarah Program #QuranHour yang juga Penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP) Bahagian Seksyen Dak­wah dan Kerohanian, Mohd. Bad­ruddin Abdul Patah menge­tuai bacaan al-Quran.

Mohammad Nasuha berkata, pihaknya akan menjadikan program #QuranHour sebagai satu amalan untuk setiap pelajar dan kakitangan.

“Kita akan meneruskan program #QuranHour ini setiap hari Selasa bermula pukul 8.45 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Untuk kakitangan, kita akan laksanakan selama satu jam ia­itu pukul 8.45 sehingga 9.45 pagi manakala untuk pelajar pula bermula pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Badruddin berkata, sambutan yang diterima untuk program #QuranHour dan program sebelum ini amat baik.

“Selain program seperti #QuranHour, kita juga memang ada kelab kembara al-Quran kerana kita ingin membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar,” katanya.