Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konsortium hospital awam lima universiti

Idris JUSOH (tengah) bersama barisan Naib-naib Canselor dan wakil
IDRIS JUSOH (tengah) bersama barisan Naib-naib Canselor dan wakil lima buah universiti awam dalam majlis menandatangani MoA bagi membentuk konsortium hospital universiti awam di Putrajaya, baru-baru ini.

PULAU PINANG 11 Julai - Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan antara lima Hospital Pengajar Universiti yang terlibat dalam kerjasama mewujudkan Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM) antara lima buah universiti di negara ini.

Universiti-universiti terbabit ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM); Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM); Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PPUIAM) dan Hospital Pengajar Universiti Teknologi Mara (HPUiTM).

Kerjasama menerusi KHUAM itu dilaksanakan bagi memboleh­kan perkongsian ilmu, kepakaran dan kemudahan prasarana yang lebih efektif dan cekap antara kelima-lima universiti berkenaan.

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoA) KHUAM antara naib-naib canselor lima universiti berkenaan berlangsung di Putrajaya baru-baru ini dengan disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam pada itu, Idris menyifatkan inisiatif penubuhan konsortium tersebut sebagai membuka lembaran baharu dalam bidang perubatan khususnya sektor penjagaan kesihatan.

Secara ringkasnya, MoA itu bakal memberi manfaat dan impak signifikan dalam pelbagai bidang seperti penjimatan kos melalui perkongsian sumber dan tenaga kerja, peralatan hospital, ubat-ubatan dan kemudahan prasarana.

Aspek positif lain adalah pe­ngurangan kos ubat-ubatan dan peralatan hospital sehingga 30 peratus melalui pembelian pukal, peningkatan latihan dalam kala­ngan pakar dan penghasilan lebih ramai doktor pakar untuk menampung keperluan negara.

Lebih membanggakan, kerjasama strategik itu turut dilebarkan jaringannya apabila enam lagi universiti awam yang juga menawarkan program per­ubatan, namun belum mempu­nyai hospital pengajarnya sendiri, turut memeterai aku janji dengan KHUAM.

Universiti berke­naan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza); Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain