Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Karnival Pendidikan Mara 2017 bermula

Karnival Pendidikan
Pengarah Mara negeri Kelantan, Ismail Abdullah (dua kiri) mengunjungi gerai pameran Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad di Karnival Pendidikan Mara 2017 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU 4 Mac - Kira-kira 160,000 pengunjung dijangka hadir ke Karnival Pendidikan Mara 2017 yang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini selama dua hari bermula hari ini.

Pengarah Mara negeri, Ismail Abdullah berkata, karnival itu bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang merupakan peluang terbaik kepada golongan lepasan sekolah mendapatkan maklumat berkaitan institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata, terdapat 62 gerai pameran disediakan termasuk gerai institusi-institusi pendidikan di bawah Mara atau IPMa.
 
"Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan dan penajaan pendidikan Mara. Peluang ini tidak seharusnya dilepaskan khususnya kepada lepasan sekolah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad turut membuka gerai pameran sempena karnival berkenaan yang menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk pengunjung. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain