Karnival tahunan tersebut menawarkan beberapa aktiviti dan pengisian menarik seperti larian amal, derma darah, aktiviti memanah, permainan video, melukis, ceramah agama dan ceramah motivasi.

Pengetuanya, Dr. Paiman Bawon berkata, pengisian karnival itu dilihat mampu melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek pencapaian akademik dan sahsiah.

“Pembelajaran etika dan moral menerusi aktiviti yang dijalankan terutama yang berunsur amal dilihat sebagai platform bagi membentuk mahasiswa berkeperibadian tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan karnival itu di sini hari ini.

Menurutnya, karnival itu juga selaras dengan visi untuk membawakan konsep ihsan yang merangkumi perbuatan dan aktiviti yang baik dalam kalangan mahasiswa

Mengulas lanjut Paiman berkata, pada tahun ini pihaknya menyasarkan kunjungan 5,000 orang yang terdiri daripada kalangan mahasiswa, pelajar dan orang awam ke karnival tersebut. - UTUSAN ONLINE