Timbalan Ketua Eksekutif JPDC, Izhar Hifnei Ismail, tiga institusi yang akan menjalani latihan industri berkenaan ialah Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG), Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) dan Johor Skills Development Centre (JSDC).

Katanya, tahun lalu, JPDC telah memeterai MoA sama dengan  Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP), German-Malaysia Institute (GMI) dan Kolej Komuniti Bandar Penawar (KKBP).

"JPDC dipilih sebagai agensi pembangunan industri yang pertama untuk menerima pembiayaan program latihan pertama berjumlah RM2.8 juta di bawah Program Pembiayaan Kompetitif, Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

"Dana diagihkan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) itu akan disalurkan kepada kesemua enam TVET terlibat bagi melatih 300 pelatih dalam pelbagai bidang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian antara JPDC dengan ILPPG, KPYPJ dan JSDC yang disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R. Vidyananthan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE