Kumpulan koir IPG Kampus Ra­ja Melewar menewaskan wakil enam jabatan lain dalam pertan­dingan anjuran Majlis Kebudayaan Daerah Seremban yang diadakan di Auditorium D’Sury, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan.

Sebagai juara, mereka mem­bawa pulang wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil.

JKKN Negeri Sembilan pula memenangi tempat kedua ma­nakala Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan di tempat ketiga dan masing-masing mendapat wang tunai RM2,000 dan RM1,000 selain piala dan sijil.

Penyampaian hadiah disem­­purnakan Pengerusi Jawatan­kuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Da­tuk Abd. Razak Ab. Said.

Menurut Abd. Razak, per­tandingan itu diadakan bagi memupuk semangat berpasukan dalam kalangan ahli-ahli kumpulan daripada pelbagai jabatan di negeri ini.

“Melalui semangat berpasukan akan menjadikan irama dan lagu yang dipersembahkan lebih menarik dan memikat hati apabila didengar.

“Pertandingan lagu yang ber­­temakan patriotik ini juga adalah antara pengisian utama Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara Ke-60 bagi peringkat negeri,” katanya ketika berucap dalam majlis itu di sini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri, Mohd. Radzi Omar; Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dan pemangku Pe­ngarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Aziz Mohd. Gorip.