Kedua-duanya, Mohd. Nor Rani, 65, dan Wan Muni Wan Muda, 75, masing-masing menerima Anugerah Kulliyyah Al-Furqan bagi kategori lelaki dan perempuan.

Mohd. Nor yang merupakan bekas Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) secara khususnya dianugerahi Imam Ibnu Tohhan Al-Andalusiy manakala Wan Muni pula mendapat Sheikhah Ummu Sa’ad Najm Al-Misriyyah.

Mereka berdua adalah antara 616 pelajar KQT yang diraikan hari ini dalam majlis Haflu Al-Takrim Al-Sanawi 2018 kali ini dan daripada jumlah itu, 555 orang merupakan penerima Sijil Ulum al-Quran manakala selebihnya iaitu 61 orang adalah penerima Sijil Dirasat Quraniah.

Perasmian majlis graduasi itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat. - UTUSAN ONLINE