Bahagian Perhubungan Awam UTHM memaklumkan, pelantikan tersebut dilakukan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh setelah mendapat perkenan Canselor universiti tersebut, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Pelantikan berkuatkuasa 3 Mac lalu hingga 2 Mac 2020 itu juga dibuat selaras dengan Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti.

"Beliau juga sebelum ini telah diberikan kepercayaan oleh Lembaga Pengarah Universiti untuk menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UTHM sejak 16 Oktober tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE