Program ke arah memupuk budaya niaga, gaya hidup cergas di samping mengukuhkan hubungan dengan masyarakat serta mendedahkan peranan institusi itu berlangsung selama tiga hari bermula semalam di pusat perniagaan asas yang menjadi tumpuan umum itu.

Antara lain ia dimeriahkan de­ngan jualan gerai keusahawanan, seminar Jom Masuk Poli, demons­trasi masakan, siswa preneur me­ga­sale, sukan rakyat, larian wari­san di samping pameran oleh jabatan dan agensi.

Sempena program itu juga, turut diadakan pertandingan mewarna/melukis, program berkayak dari Sungai kuala Berang ke Kuala Telemong serta tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama penduduk Kampung Kuala Telemong.

Perasmian disempurnakan oleh Pegawai Khas Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Ton Mansor Ton Abdullah, dan majlis turut dihadiri Pengarah PHT, Abdul Razak Sadli.

Menurut Abdul Razak, program tahunan itu dirangka dengan lebih meriah degnan penglibatan lebih rmai pelajar termasuk dengan pertambahan jumlah gerai jualan yang mencecah 30 buah.

“Tahun ini buat julung kali Politeknik Malaysia menganjurkan pertandingan Siswa preneur Megasale bagi mencapai jualan keseluruhan RM500,000 dan di PHT kita menyasarkan jumlah RM50,000,” katanya.

Menurut beliau, usaha ini selaras dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) untuk melahirkan graduan yang holistik dan bercirikan keusahawanan seimbang serta Lonjakan Ketiga iaitu menghayati pembelajaran sepanjang hayat.

“Proses pendidikan tinggi yang semakin mencabar, menuntut PHT untuk sentiasa mencari pendekatan yang bersesuaian dalam meningkatkan potensi pelajar terutama kemahiran sahsiah selain memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang,” katanya.