Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Budayakan keusahawanan penuntut Polisas

NORLIDA ABD. RAZAK (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada
NORLIDA ABD. RAZAK (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan E-Keusahawanan dalam majlis Penutupan Hari Terbuka Polisas Kopuskep di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 14 Mac – Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini terus memperkasa aktiviti keusahawanan membabitkan kakitangan, pegawai dan penuntutnya melalui penubuhan Koperasi Pusked atau Kopuskep.

Kopuskep yang ditubuhkan pada Mei tahun lalu adalah selaras dengan lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) untuk melahirkan gra­duan yang holistik dan bercirikan keusahawanan seimbang.

Pengarah Polisas, Norli­da Abd. Razak berkata, selain melibatkan diri dalam bidang pemasaran, pendidikan dan tek­nologi maklumat dan komunikasi (ICT), koperasi berkenaan turut melaksanakan penganjuran acara dan servis pendingin hawa.

“Penuntut di sini juga diberikan pendedahan untuk membentangkan idea perniagaan mereka sebagai salah satu usaha membudayakan keusahawanan dalam kalangan penuntut Polisas.

“Selain itu, usaha tersebut juga bagi memenuhi keperluan akademik kursus keusahawanan yang diambil penuntut Polisas,” katanya dalam majlis Penutupan Hari Terbuka Polisas Kopuskep, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Norlida berkata, beliau berharap penubuhan Kopuskep serta pelaksanaan program berkaitan di institusi pengajian tinggi (IPT) itu dapat mencapai matlamat menyuburkan budaya keusahawanan dalam kalangan penuntut.

“Terima kasih kepada semua pihak memberi sokongan, komitmen dan juga jaringan kerjasama erat bagi membantu Polisas menyediakan ekosistem keusahawanan yang kondusif,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain