Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Alumni MSU terima anugerah MAYA 2017

NUR FARHANA NADIRAH HASSAN 2
NUR FARHANA NADIRAH HASSAN

MINAT yang mendalam da­­lam aktiviti kesukarelawan akhirnya telah meletakkan Nur Farhana Nadirah Hassan sebagai pemenang utama MyASEAN Youth Award (MAYA) 2017 anjuran Talent Corporation Malaysia Berhad dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Nur Farhana, 24, yang merupakan alumni Management and Science University (MSU) berjaya menarik perhatian juri dengan ideanya untuk projek Revolusi Tohor yang memberi fokus kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di Kampung Tohor yang terletak di Je-lebu, Negeri Sembilan

“Saya bersyukur apabila berja­ya menyampaikan idea tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dan telah memikat barisan panel juri.

“Pada saya, masyarakat Orang Asli memerlukan pembelaan da­lam pelbagai aspek terutama ekonomi, kesihatan dan pendidikan, seterusnya membantu me-ningkatkan pendapatan mereka,” kata Nur Farhana yang merupakan graduan Ijazah Kewangan, MSU.

MAYA 2017 adalah pertan­dingan melibatkan penyertaan pelajar-pelajar terbaik universiti dalam kalangan negara anggota ASEAN yang mengikuti program myASEANinternship.

Pertandingan itu adalah inisiatif bersama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memperkasakan aspek peserta, berkaitan peranan ASEAN dan blok ekonomi ASEAN atau ASEAN Economic Community (AEC).

Nur Farhana berkata, projek itu juga bakal menjadi asas kepada rangka kerja sosial yang memberikan impak secara langsung kepada komuniti terlibat dan boleh diguna pakai sebagai contoh di negara-negara ASEAN.

Katanya, penglibatan dalam ak­tiviti-aktiviti kesukarelawan sema­sa menuntut di MSU telah memberikan inspirasi kepadanya untuk meneruskan aktiviti itu selepas tamat pengajian.

“Saya melalui Kelab Penya-yang MSU telah menjalankan program Bakti Bersama Warga Pribumi dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Tohor buat pertama kali pada 2011.

“Sejak itu, saya bertekad untuk membantu masyarakat di kampung ini dalam membangunkan sosioekonomi mereka secara lebih menyeluruh dan berterusan,” katanya yang juga penerima anugerah Mohd. Shukri Yajid Outstanding Award pada Majlis Konvokesyen MSU ke-19, tahun lalu.

Nur Farhana yang kini berkhid­mat sebagai Analisis Kredit di CIMB Investment Bank berkata, dia berterima kasih kepada MSU yang telah memberi peluang dan galakan kepadanya untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawan sama ada sebagai pelajar atau Ahli Majlis Perwakilan Pelajar.

Sebagai pemenang MAYA 2017, Nur Farhana menerima geran bernilai RM10 ribu untuk membangunkan projek Revolusi Tohor serta tiket penerbangan pergi dan balik ke mana destinasi negara ASEAN.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain