Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh Pengarah KKK, Ruzita Md. Yusoff dalam satu majlis di Dewan KKK di sini, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam KKK, Siti Hafsah Zainal Abidin berkata, melalui pelantikan itu beliau mampu untuk memberi pelbagai pandangan membina ke arah kebaikan kolej komuniti di Kulim.

“Kita berharap beliau boleh memberi khidmat nasihat berguna dalam usaha menjalinkan hubungan baik antara masyarakat tempatan, badan-badan perniagaan, industri, pertubuhan profesional dan pusat pengajian tinggi yang ada di kawasan persekitaran.

“Nasihat bakal diberikan kepada pihak pengurusan KKK dari semasa ke semasa, secara tidak langsung berupaya untuk menaik taraf ekonomi masyarakat dalam bidang pendidikan dan latihan,” katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, lebih banyak aktiviti dapat dilakukan hasil bimbingan daripada jawatankuasa tersebut kelak.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditemui berkata, KKK berupaya melaksanakan pelbagai program de­ngan baik jika mempunyai perancangan jangka panjang.

“Melalui aktiviti disusun itu, lebih ramai pelajar berpotensi dalam bidang kemahiran dapat dikeluarkan nanti.

“Saya sedia memberi pandang­an membina untuk sama-sama membangun KKK sebagai sebuah institusi pendidikan kemahiran yang terkenal di kawasan utara ketika ini,” katanya.