Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Salmah Hayati Ghazali berkata, sebuah entiti baharu yang dinamakan Asia Aerotechnics Sdn. Bhd. (AAT) telah diwujudkan pada Disember tahun lalu dan beroperasi pada suku ketiga tahun ini.

“AAT, anak syarikat milik penuh Mara akan menjadi antara penggiat utama dalam Bandar Aeroangkasa Asia (AAC) iaitu hab aeroangkasa di Subang,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis pelancaran AAT dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara AAC dengan Dassault Systemes dan Feiran Technology Sdn. Bhd. bagi memba­ngunkan aplikasi pembangunan seni bina, kejuruteraan dan pembinaan di Malaysia.

Turut diadakan MoU antara Warwick Manufacturing Group (WMG) dan M-Aerotech yang akan menjalin kerjasama dalam mene­roka usaha sama penyelidikan dalam bidang pengindustrian rantaian bekalan.