Program selama tiga hari yang dianggap sebagai proses menggilap potensi diri mereka itu diadakan di Pusat latihan Lembah Putera di Tanah Merah Kelantan baru-baru ini.

Pengurus program, Wan Mohd Hakimin memberitahu, program tersebut diharap dapat melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi bersama keberanian untuk menghadapi cabaran baharu.

Katanya, beberapa aktiviti yang diadakan disesuaikan dengan keper­luan itu di samping bagi membentuk semangat kerja berpasukan.

“Bagi membentuk pelajar yang mempunyai keterampilan diri, mereka juga dilatih untuk membuat pengucapan awam dan pengurusan organisasi. Semasa di kem ini juga, mereka diberi pendedahan mengenai Akta 174 (Akta Institusi-Institusi.

“Pelajaran (tatatertib) diterap­kan kepada setiap pelajar bagi memastikan mereka memahami peraturan institusi supaya mudah untuk diaplikasikan dalam kala­ngan pelajar politeknik,”ujarnya.