Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

67 universiti 
tonjol keunikan

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 di USM jadi tumpuan ramai

KARNIVAL Pendidikan Tinggi Negara 2017 di Universiti Sains Malaysia,
KARNIVAL Pendidikan Tinggi Negara 2017 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang baru-baru ini mendapat perhatian ramai terutama daripada pelajar sekolah menengah yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. IHSAN USM

PULAU PINANG 14 Mac - Sebanyak 20 universiti awam dan 47 universiti swasta tempatan menonjolkan keunikan institusi masing-masing dalam Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2017 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini baru-baru ini.

Pelbagai kelainan dipaparkan oleh pihak universiti ber­kenaan yang bertujuan menarik lebih ramai calon mahasiswa untuk mengikuti program pengajian yang disediakan di universiti masing-masing.

Menurut Pengurus Penjenamaan Strategik dan Komunikasi Universiti Teknologi Petronas (UTP), Zulkarnain Abdul, pihaknya mempromosikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diyakini dapat melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara inovasi menjelang 2020.

Jelasnya, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) merupakan industri banyak melabur dalam sektor minyak dan gas sama ada di dalam atau luar negara.

“Untuk itu, UTP sentiasa menggalakkan pelajar mengikuti pe­ngajian dan mengambil peluang membina kerjaya pelbagai bidang di syarikat berkenaan,” katanya.

Penganjuran KPTN kali keempat dalam negara melibatkan Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah disertai 43 agensi kementerian dan bertujuan membuka peluang kepada pelajar memperoleh maklumat kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan.

Sementara itu, Timbalan Pe­ngarah Jabatan Akademik Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fadzil Jummar berkata, bahasa Inggeris adalah satu tarikan di universiti­nya yang dijadikan bahasa pe­­­­­ ­n­­g­a­n­tar selain pelajar wajib mempelajari dan lulus bahasa Arab.

“Kursus di UIAM meliputi pelbagai bidang termasuk aliran sains, sastera dan juga agama yang menunjukkan keseimba­ngan untuk mencapai manfaat kehidupan dunia dan akhirat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Penolong Pendaftar Bahagian Kemasukan Pelajar Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), Muhamad Khaidzir Lokman berkata, pendekatan yang dilakukan univer­sitinya berlainan dengan keba­nyakan universiti.

Katanya, kebanyakan mahasiswa UPNM akan direkrut menjadi pegawai tentera dan bekerja sambil belajar kerana mereka bukan sahaja menguasai akademik tetapi menguasai aspek ke­selamatan dan pertahanan.

Mewakili universiti swasta, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Kolaborasi Hicom University of Automotive Malaysia, Dr. Hafizul Othman pula berkata, mahasiswa berpeluang mempelajari asas-asas industri automotif yang penting untuk memasuki alam pekerjaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain