Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2,105 graduan MSU terima ijazah, diploma

PELBAGAI aktiviti dan acara menarik menghiasi HCF 2017 sempena 2
PELBAGAI aktiviti dan acara menarik menghiasi HCF 2017 sempena Majlis Konvokesyen ke-20 MSU kampus induknya di Shah Alam.

SERAMAI 2,105 graduan Management and Science University (MSU) menerima skrol masing-masing bagi ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma sempena Konvokesyen ke-20 MSU yang berlangsung selama dua hari di kampus utamanya di Shah Alam, Selangor bermula hari ini.

Majlis konvokesyen itu disempurnakan oleh Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun yang merupakan Canselor MSU.

Turut hadir, Pro-Canselor MSU, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Presi­den MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid.

Sempena majlis konvokesyen itu, MSU akan me­nyampaikan lima anuge­rah khas khu­sus untuk graduan terbaik berdasarkan pencapaian mereka di dalam pelbagai aspek akademik dan aktiviti kokurikulum. Anugerah tersebut adalah Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Presiden, Anugerah Akademik, Mohd. Shukri Yajid Outstanding Award dan Anugerah Khas Industri.

Bagi memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut, diadakan juga MSU Homecoming Fiesta 2017 (HCF 2017) yang bermula pada 14 Februari lalu hingga esok. Penganjuran HCF 2017 telah menarik penyertaan lebih 2,000 warga kampus dan pengunjung luar.

Melalui HCF 2017, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Beatbox Supertalent, The Voice - Apreciation & Application, Running Math, Apprentice Challenge, Blitzy Morning, Hip Hop Poco-Poco Competition, MSU Education Experience Tour (MEET), Anugerah President List, Hippocratic Oath, sesi kaunseling akademik, bazar keusahawanan dan makanan.

MSU adalah antara universiti terbaik di Malaysia yang memberi tumpuan kepada penawaran program-program pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global.

Bidang pengajian yang ditawarkan di universiti itu termasuk perubatan; sains kesihatan; farmasi; sains maklumat dan kejuruteraan; pengurusan perniagaan dan pengajian profesional; pendidikan; hospitaliti dan seni kulinari serta muzik dan fesyen.

Universiti itu juga memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti dan penggunaan kaedah pengajaran kreatif dalam melahirkan graduan yang kompeten dan versatil.

Bukan itu sahaja, MSU juga menawarkan program pengajian yang menjamin perkembangan kemahiran insaniah melalui pengalaman pembelajaran menyeluruh untuk kebolehpasaran pelajar-pelajarnya.

Sehingga kini, graduan MSU tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Kajian Pengesanan Graduan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi juga menunjukkan bahawa kebolehpasaran graduan MSU berada pada tahap 98.6 peratus.

Angka itu adalah yang tertinggi dalam kalangan institusi pendididikan tinggi di Malaysia dan membuktikan graduan MSU adalah pilihan majikan tidak kira dari dalam atau luar negara.

Selain itu, MSU telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada badan-badan bebas Malaysia dan antarabangsa serta disenaraikan sebagai ‘Universiti Cemerlang’ sebanyak dua kali oleh KPT melalui sistem penarafan ke atas semua institusi pengajian tinggi.

MSU juga mendapat akreditasi daripada Accreditation Services for International Colleges (ASIC), United Kingdom dan merupakan universiti pertama bukan dari Jepun yang mendapat pengiktirafan daripada The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow (ABEST21), Jepun.

Pencapaian terkini MSU antaranya memenangi Anugerah Uni­versiti Swasta Paling Berkeusahawanan pada Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2016 dan mendapat penarafan lima bintang dalam Penarafan QS 2016 bagi pengajaran, kebolehpasaran, kemudahan, tanggungjawab sosial dan inklusif.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain