Pegawai Perhubungan Awam PSIS, Mohamed Rizal Muhd Tayab berkata, untuk pertandingan kali ini, enam kategori dipertandingkan iaitu RoboSot; AndroSot; MiroSot; SimuroSot; MyBot dan HuroSot yang akan menguji kemahiran setiap peserta dalam memasang, mengendalikan, menguji serta memprogramkan robot yang dipertandingkan.

"Melalui FIRA Robot Soccer ini ia memberi pendedahan dan pemindahan teknologi kepada 54 pelajar sekolah menengah yang terpilih melalui kaedah mentor-mentee iaitu setiap universiti awam dan politeknik akan bersama pasukan sekolah dalam pertandingan kategori MyBot.

"Bagi daerah ini, dua orang murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah dan dua orang murid dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam bersama mentor mereka dari PSIS mengambil bahagian dalam kategori tersebut," katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE