Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

14 mahasiswa Jepun jadi orang kampung di Kedah

SEBAHAGIAN mahasiswa dari Universiti Kyoto, Jepun ternyata ceria
SEBAHAGIAN mahasiswa dari Universiti Kyoto, Jepun ternyata ceria bersama penduduk tempatan menyertai gotong-royong di Surau An-Nur Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah, baru-baru ini. UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN

BANDAR BAHARU 14 Mac – Program gotong-royong di pekarangan Surau An-Nur Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar, Serdang di sini baru-baru ini ternyata me­riah dengan penyertaan 200 penduduk tempatan serta 14 penuntut dari Universiti Kyoto, Jepun.

Penuntut berkenaan yang mengikuti Kursus Bahasa Inggeris di Fakulti Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang selama lima minggu tidak mahu ketinggalan membersih surau berkenaan bersama penduduk bagi mendalami kehidupan masyarakat di kampung tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd. Noor ketika merasmikan program itu berkata, program begini perlu diteruskan oleh penduduk bagi memastikan persekitaran kampung sentiasa bersih dan nyaman.

“Penduduk di mana-mana sahaja perlu prihatin tentang soal kebersihan di tempat sendiri dan usaha dilakukan dengan membersihkan surau seperti ini, perlu dicontohi oleh penduduk di tempat lain.

“Kehadiran pelajar dari universiti Jepun bersama Pengarah Kebudayaan Jepun, Soeda Masatoshi yang kini berada di USM ke kampung ini, begitu bermakna sekali,” katanya.

Norsabrina berkata, budaya gotong-royong di negara ini akan turut pupus seperti yang berlaku di Jepun jika penduduk tempatan sendiri tidak mengambil berat mengenainya.

Pengerusi Inap Desa Kampung Relau, Abdul Razak Abdul Hamid berkata, setiap tahun ramai pelajar dari Jepun melawat da­erah ini bagi menjalankan pelbagai ­aktiviti untuk dipelajari dan ha­yati bersama penduduk tempatan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain