Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

100,000 serbu Karnival Pendidikan Mara

TIMBALAN Pengarah Mara Negeri Johor (Pembangunan), Zulkifli Baba (berdiri dari kiri) melihat pegawai
TIMBALAN Pengarah Mara Negeri Johor (Pembangunan), Zulkifli Baba (berdiri dari kiri) melihat pegawainya memberi penerangan mengenai peluang pendidikan tinggi kepada pengunjung Karnival Pendidikan Mara 2017 di Plaza Angsana, Johor Bahru, semalam. – utusan /ISHAK RAHMAD

JOHOR BAHRU 19 Mac – Karnival Pendidikan Mara Johor 2017 yang diadakan di Angsana Mall selama dua hari sejak semalam mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran pengunjung mence­cah 100,000 orang.

Timbalan Pengarah Mara nege­ri, Zulkifli Baba berkata, penganjuran karnival tersebut dilihat tepat pada masanya kerana diadakan pada musim cuti sekolah dan sehari selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

Katanya, penganjuran karnival tersebut yang mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menawarkan pelbagai pilihan buat pelajar melanjutkan pelajaran di 60 gerai pameran membabitkan universiti awam dan swasta, kolej kemahiran serta politeknik.

“Kita tidak menyangka Karnival Pendidikan Mara Johor yang diadakan di lokasi strategik ini mendapat kehadiran luar biasa. Jika semalam kita menerima kira-kira kehadiran 30,000 pengunjung, jumlah itu meningkat sekali ganda hari ini.

“Dalam karnival pendidikan ini, Mara menyediakan pelbagai peluang sambung belajar di bawah Institut Pendidikan Mara antaranya Kolej Mara, Kolej Profesional Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Institut Kemahiran Mara dan Giatmara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zulkifli berkata, karnival itu menyaksikan pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya simulasi kemahiran, demonstrasi solekan, bengkel wartawan kadet, mini studio dan cabutan bertuah.

Beliau berkata, Karnival Pendidikan Mara 2017 itu mula diadakan sejak Februari lalu di Perlis dan Johor merupakan lokasi ketujuh karnival tersebut.

Katanya, lokasi seterusnya bagi karnival berkenaan ialah di Sabah dan Perak pada 25 dan 26 Mac ini diikuti Sarawak (30-31 Mac), Kedah dan Selangor (1-2 April) dan Terengganu dan Negeri Sembilan (8-9 April).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain