Pengarah PKB, Noor Azahan Othman memberitahu, majlis tersebut akan diadakan di Dewan Jubli Perak kampus PKB, di sini dan bertemakan ‘Generasi TVET (Program Latihan Teknikal dan Vokasional) Pencetus Kerjaya’.

Katanya, majlis itu dibahagikan kepada empat sidang dan antara yang dijadual merasmikan setiap sidang ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Amir Md. Noor dan Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Zulkifli Abidin.

“Dalam majlis konvokesyen kali ini, seramai 12 pelajar terbaik bakal menerima Anugerah Kecemerlangan Graduan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.