Pelajar perempuan menguasai bilangan kemasukan bagi sesi  2018/2019 dengan seramai 1,416  berbanding cuma 505 orang pelajar lelaki bagi mengikuti pengajian peringkat diploma /ijazah dalam bidang pilihan masing-masing.

 Ini termasuklah Fakulti Bahasa dan Komunikasi; Fakulti Bio Sumber dan Industri; Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan;  Fakulti Informatik dan Komputeraan; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.

Juga Fakulti  Perubatan, Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sosial Gunaan di samping Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa.

Mereka yang umumnya ditemani  oleh ibu bapa bersama anggota keluarga yang lain sudah berada di kampus induk di Gong Badak di sini seawal pukul 8 pagi bagi menguruskan proses kemasukan di Dewan Al Muktafi Billah Shah.

Sesi pengambilan kali ini turut melibatkan  kumpulan pertama pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dari luar negeri ini  dengan seramai 48 daripada 61 yang menerima tawaran mendaftar diri hari ini manakala 130 pelajar dari negeri in akan berbuat demikian pada 8 September. - UTUSAN ONLINE